Thursday, 3 October 2019

MalPRO 2019


Selasa20/08/2019

Pada 20hb Ogos krew KLKM PSA seramai 10 orang berkumpul di Foyer JPG, Politeknik Shah Alam pada jam 10.00 pagi untuk mendengar taklimat daripada Ketua Krew, Dhurges Kumar dan seterusnya mengeluarkan barang – barang yang perlu dibawa ke Kem MalPRO. Kami bersarapan pagi sementara menunggu ketibaan bas dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang , Perak. Bas telah tiba di PSA pada jam 12.00pm.Bas telah berhenti di RnR Tapah,Perak untuk solat serta makan tengah hari. Kami diberi masa selama satu jam untuk makan bersama krew. Kami mengambil peluang untuk membeli makanan ringan supaya dapat menjadi alas perut di dalam bas sepanjang perjalanan ke Perlis.

8.00pm

Kami telah tiba di padang utama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS). Kami mengeluarkan barang dari bas. Kemudian, kami telah mendirikan khemah untuk krew lelaki dan perempuan. Seterusnya, krew Muslim telah menunaikan solat di Pusat Islam dan membersihkan diri.
9.30pm
Krew KLKM PSA telah berkumpul di tepi padang untuk berbincang tentang aktiviti yang akan diadakan pada hari seterusnya seperti, binaan tapak khemah, cabaran kemahiran dan silang budaya. Tuan Kamal dan Tuan Hisyam telah memberi taklimat kepada kami tentang kem ini. Kami telah bergambar bersama krew daripada PSAS.

Rabu21/08/2019


Pada hari seterusnya, kami telah membersihkan diri dan terus bertungkus lumus untuk menurunkan khemah. Kami telah membersihkan tempat tersebut iaitu gelanggang bola keranjang untuk sesi pendaftaran Kem MalPRO ini akan diadakan di sana.Kami seramai 10 orang ahli dari KLKM PSA telah mendaftar untuk Kem MalPRO ini. Kami telah mengambil baju khas untuk peserta MalPRO dan meneruskan dengan cabutan undi bagi pemilihan tapak kem. Kami telah mendapat tapak kem no 3 dan kami telah ke sana untuk mengagihkan barang-barang dengan segera. 
 Semua krew telah bersedia untuk makan malam. Kami telah makan bersama-sama dan sambal itu berfikir dan merancang tentang gajet-gajet yang akan dibuat seterusnya. Selepas itu, krew Muslim telah solat dan yang lain telah bersedia untuk siding seterusnya iaitu , Pendaftaran WOSM dan Safe From Harm.
Krew yang bertugas telah menyerahkan bendera kepada krew yang lain. Selepas tamat dengan itu, semu krew telah bersuraike tapak kem masing-masing.
Kami telah sambung dengan aktiviti bertukang dan setiap krew mengambil giliran untuk tidur supaya kerja akan sentiasa berjalan. 

Khamis22/08/2019


Semua krew telah solat dan membersihkan diri. Tepat pada jam 7 pagi semua telah berkumpul di Gelanggang untuk meneruskan dengan latihan kawad tongkat yang diiringi oleh Tuan Shah. Kami telah memperolehi banyak maklumat baru tentang cara untuk berkawad dengan tongkat yang telah diajar oleh Tuan Shah.
Semua krew telah bersedia untuk istiadat menaikkan bendera. Krew yang bertugas ialah PMU. Selepas tamat dengan istiadat ,kami diberi taklimat untuk bersedia bagi aktiviti seterusnya iaitu Explorasi ke  Gua Kelam.
Semua krew telah menukar baju kepada baju khas MalPRO untuk bersedia ke Gua Kelam. Kami bersarapan pagi terlebih dahulu sebelum bas bergerak ke Gua Kelam. Krew semua memastikan supaya membawa topi, lampu suluh dan juga air minuman yang secukupnya.
Kami diberi tugas untuk mengalihkan kayu dan ranting kering ke tempat pelupusan sampah. Kami telah berkerjasama sebagai aur dengan tebing untuk menyiapkan tugas yang diberi. Ini merupakan aktiviti CSR yang kami telah lakukan.Selepas tamat dengan aktiviti CSR ,kami membersihkan diri di tandas. Selepas itu, kami telah makan makanan tengah hari yang telah disediakan.

Jumaat23/08/2019

Semua krew telah solat dan membersihkan diri. Tepat pada jam 7 pagi semua telah berkumpul di Gelanggang untuk meneruskan dengan latihan kawad statik yang diiringi oleh Tuan Muz. Kami telah memperolehi banyak maklumat baru tentang cara untuk berkawad dan juga cara yang betul untuk memberi arahan sebagai komando.
Semua krew telah berkumpul di ruang istiadat untuk meneruskan dengan istiadat menaikkan bendera selepas selesai dengan kawad tongkat dan kawad statik. Krew yang bertugas telah mengarahkan kami dan selesai dengan istiadat pagi tersebut.
Seterusnya ,semua krew telah bersarapan pagi dengan pantas dan menunggu untuk agenda seterusnya. Krew yang terilbat untuk aktiviti seterusnya iaitu Explorasi Cabaran dan Kemahrian ialah Dhurges, Tamil, Liana dan Rihana. Mereka telah menyertai acara-acara dalam explorasi dan juga membuat setiap tugasan yang diberi di setiap checkpoint.
Kami telah melaksanakan pertandingan Simpulan dan Ikatan di Checkpoint 2 iaitu Tasik PTSS. Ikatan yang diniali ialah Buku Sila, Bunga Geti, Simpul Manuk, Tindih Kasih, Lilit Dua Simpul, Lilit Pemati Biasa, Ikatan Seraya dan Ikatan Serong.
Setelah tamat dengan itu, kami telah melaksanakan tugasan penganggaran unutk menganggar ketinggian Menara Flying Fox. Kami telah mengunakan kaedah panjang jari kelengkeng dan ibu jari untuk mendapatkan jawapan yang tepat.




Semua krew telah berkumpul di Dewan Kuliah untuk silang budaya. Kami telah siap berpakaian lengkap untuk persembahan kami. Kami telah mempersembahkan Sketsa Cerita Rakyat iaitu Badang. Kami berasa gembira kerana telah memnangi hadiah bagi Persembahan Yang Paling Kreatif.Semua krew telah berkumpul di Dewan Kuliah untuk silang budaya. Kami telah siap berpakaian lengkap untuk persembahan kami. Kami telah mempersembahkan Sketsa Cerita Rakyat iaitu Badang. Kami berasa gembira kerana telah memnangi hadiah bagi Persembahan Yang Paling Kreatif.

Sabtu 24/08/2019


Semua krew telah bersedia tepat pada pukul 11am. Perasmian Penutup telah berlangsung dan telah dirasmikan oleh Tuan Abdul Malek Bin Hassan. Beliau telah memberi kata-kata semangat agar sambung menjadi Pengakap. Beliau juga telah berkongsi pengalaman beliau semasa berpengakap dulu.
Selepas itu,diteruskan dengan penyampaian sijil dan watikah kepada setiap Pemimpin negeri KLKM. Seterusnya, diteruskan dengan penyampain sijil dan pemenang-pemenang bagi setiap kategori. Krew KLKM PSA telah memenangi tempat ketiga dalam Silang Budaya, tempat pertama dalam Cabaran Kemahiran dan tempat kedua secara keseluruhan. Kami berasa amat gembira dan bangga atas kemenanggan tersebut.

Selepas itu, kami telah ke tapak kem untuk merobohkan semua gajet-gajet yang dibuat.kami telah membersihkan tapak kem dan memastikan tiada barang-barang yang tertinggal. Pada jam 2.30 tepat kami telah meletakkan barang-barang di dalam bas dan bersedia untuk bertolak pulang ke Shah Alam.
Kami telah sampai ke RnR Gurun untuk makan tengah hari. Kami telah membersihkan diri dan krew Muslim telah ke Surau untuk menunaikan solat. Selepas satu jam berhenti, bas telah bertolak dari situ.
Kami telah berhenti untuk berehat dan makan ringan di RnR Bukit Gantang. Tempat itu terdapat banyak jenis buah-buahan dan juga nasi lemak yang sedap. Selepas satu jam berehat bas telah bertolak ke Politeknik Shah Alam.
Kami telah tiba di Politeknik Shah Alam. Kami mengangkut barang-barang dari bas dan menyimpan ke dalam stor sementara. Selepas itu, semua krew telah bersurai dan balik ke rumah dengan selamat.



No comments:

Post a Comment

PENGENALAN PENGAKAP KELANA (Bahagian 1)