Thursday, 3 October 2019

MalPRO 2019


Selasa20/08/2019

Pada 20hb Ogos krew KLKM PSA seramai 10 orang berkumpul di Foyer JPG, Politeknik Shah Alam pada jam 10.00 pagi untuk mendengar taklimat daripada Ketua Krew, Dhurges Kumar dan seterusnya mengeluarkan barang – barang yang perlu dibawa ke Kem MalPRO. Kami bersarapan pagi sementara menunggu ketibaan bas dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang , Perak. Bas telah tiba di PSA pada jam 12.00pm.Bas telah berhenti di RnR Tapah,Perak untuk solat serta makan tengah hari. Kami diberi masa selama satu jam untuk makan bersama krew. Kami mengambil peluang untuk membeli makanan ringan supaya dapat menjadi alas perut di dalam bas sepanjang perjalanan ke Perlis.

8.00pm

Kami telah tiba di padang utama Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS). Kami mengeluarkan barang dari bas. Kemudian, kami telah mendirikan khemah untuk krew lelaki dan perempuan. Seterusnya, krew Muslim telah menunaikan solat di Pusat Islam dan membersihkan diri.
9.30pm
Krew KLKM PSA telah berkumpul di tepi padang untuk berbincang tentang aktiviti yang akan diadakan pada hari seterusnya seperti, binaan tapak khemah, cabaran kemahiran dan silang budaya. Tuan Kamal dan Tuan Hisyam telah memberi taklimat kepada kami tentang kem ini. Kami telah bergambar bersama krew daripada PSAS.

Rabu21/08/2019


Pada hari seterusnya, kami telah membersihkan diri dan terus bertungkus lumus untuk menurunkan khemah. Kami telah membersihkan tempat tersebut iaitu gelanggang bola keranjang untuk sesi pendaftaran Kem MalPRO ini akan diadakan di sana.Kami seramai 10 orang ahli dari KLKM PSA telah mendaftar untuk Kem MalPRO ini. Kami telah mengambil baju khas untuk peserta MalPRO dan meneruskan dengan cabutan undi bagi pemilihan tapak kem. Kami telah mendapat tapak kem no 3 dan kami telah ke sana untuk mengagihkan barang-barang dengan segera. 
 Semua krew telah bersedia untuk makan malam. Kami telah makan bersama-sama dan sambal itu berfikir dan merancang tentang gajet-gajet yang akan dibuat seterusnya. Selepas itu, krew Muslim telah solat dan yang lain telah bersedia untuk siding seterusnya iaitu , Pendaftaran WOSM dan Safe From Harm.
Krew yang bertugas telah menyerahkan bendera kepada krew yang lain. Selepas tamat dengan itu, semu krew telah bersuraike tapak kem masing-masing.
Kami telah sambung dengan aktiviti bertukang dan setiap krew mengambil giliran untuk tidur supaya kerja akan sentiasa berjalan. 

Khamis22/08/2019


Semua krew telah solat dan membersihkan diri. Tepat pada jam 7 pagi semua telah berkumpul di Gelanggang untuk meneruskan dengan latihan kawad tongkat yang diiringi oleh Tuan Shah. Kami telah memperolehi banyak maklumat baru tentang cara untuk berkawad dengan tongkat yang telah diajar oleh Tuan Shah.
Semua krew telah bersedia untuk istiadat menaikkan bendera. Krew yang bertugas ialah PMU. Selepas tamat dengan istiadat ,kami diberi taklimat untuk bersedia bagi aktiviti seterusnya iaitu Explorasi ke  Gua Kelam.
Semua krew telah menukar baju kepada baju khas MalPRO untuk bersedia ke Gua Kelam. Kami bersarapan pagi terlebih dahulu sebelum bas bergerak ke Gua Kelam. Krew semua memastikan supaya membawa topi, lampu suluh dan juga air minuman yang secukupnya.
Kami diberi tugas untuk mengalihkan kayu dan ranting kering ke tempat pelupusan sampah. Kami telah berkerjasama sebagai aur dengan tebing untuk menyiapkan tugas yang diberi. Ini merupakan aktiviti CSR yang kami telah lakukan.Selepas tamat dengan aktiviti CSR ,kami membersihkan diri di tandas. Selepas itu, kami telah makan makanan tengah hari yang telah disediakan.

Jumaat23/08/2019

Semua krew telah solat dan membersihkan diri. Tepat pada jam 7 pagi semua telah berkumpul di Gelanggang untuk meneruskan dengan latihan kawad statik yang diiringi oleh Tuan Muz. Kami telah memperolehi banyak maklumat baru tentang cara untuk berkawad dan juga cara yang betul untuk memberi arahan sebagai komando.
Semua krew telah berkumpul di ruang istiadat untuk meneruskan dengan istiadat menaikkan bendera selepas selesai dengan kawad tongkat dan kawad statik. Krew yang bertugas telah mengarahkan kami dan selesai dengan istiadat pagi tersebut.
Seterusnya ,semua krew telah bersarapan pagi dengan pantas dan menunggu untuk agenda seterusnya. Krew yang terilbat untuk aktiviti seterusnya iaitu Explorasi Cabaran dan Kemahrian ialah Dhurges, Tamil, Liana dan Rihana. Mereka telah menyertai acara-acara dalam explorasi dan juga membuat setiap tugasan yang diberi di setiap checkpoint.
Kami telah melaksanakan pertandingan Simpulan dan Ikatan di Checkpoint 2 iaitu Tasik PTSS. Ikatan yang diniali ialah Buku Sila, Bunga Geti, Simpul Manuk, Tindih Kasih, Lilit Dua Simpul, Lilit Pemati Biasa, Ikatan Seraya dan Ikatan Serong.
Setelah tamat dengan itu, kami telah melaksanakan tugasan penganggaran unutk menganggar ketinggian Menara Flying Fox. Kami telah mengunakan kaedah panjang jari kelengkeng dan ibu jari untuk mendapatkan jawapan yang tepat.




Semua krew telah berkumpul di Dewan Kuliah untuk silang budaya. Kami telah siap berpakaian lengkap untuk persembahan kami. Kami telah mempersembahkan Sketsa Cerita Rakyat iaitu Badang. Kami berasa gembira kerana telah memnangi hadiah bagi Persembahan Yang Paling Kreatif.Semua krew telah berkumpul di Dewan Kuliah untuk silang budaya. Kami telah siap berpakaian lengkap untuk persembahan kami. Kami telah mempersembahkan Sketsa Cerita Rakyat iaitu Badang. Kami berasa gembira kerana telah memnangi hadiah bagi Persembahan Yang Paling Kreatif.

Sabtu 24/08/2019


Semua krew telah bersedia tepat pada pukul 11am. Perasmian Penutup telah berlangsung dan telah dirasmikan oleh Tuan Abdul Malek Bin Hassan. Beliau telah memberi kata-kata semangat agar sambung menjadi Pengakap. Beliau juga telah berkongsi pengalaman beliau semasa berpengakap dulu.
Selepas itu,diteruskan dengan penyampaian sijil dan watikah kepada setiap Pemimpin negeri KLKM. Seterusnya, diteruskan dengan penyampain sijil dan pemenang-pemenang bagi setiap kategori. Krew KLKM PSA telah memenangi tempat ketiga dalam Silang Budaya, tempat pertama dalam Cabaran Kemahiran dan tempat kedua secara keseluruhan. Kami berasa amat gembira dan bangga atas kemenanggan tersebut.

Selepas itu, kami telah ke tapak kem untuk merobohkan semua gajet-gajet yang dibuat.kami telah membersihkan tapak kem dan memastikan tiada barang-barang yang tertinggal. Pada jam 2.30 tepat kami telah meletakkan barang-barang di dalam bas dan bersedia untuk bertolak pulang ke Shah Alam.
Kami telah sampai ke RnR Gurun untuk makan tengah hari. Kami telah membersihkan diri dan krew Muslim telah ke Surau untuk menunaikan solat. Selepas satu jam berhenti, bas telah bertolak dari situ.
Kami telah berhenti untuk berehat dan makan ringan di RnR Bukit Gantang. Tempat itu terdapat banyak jenis buah-buahan dan juga nasi lemak yang sedap. Selepas satu jam berehat bas telah bertolak ke Politeknik Shah Alam.
Kami telah tiba di Politeknik Shah Alam. Kami mengangkut barang-barang dari bas dan menyimpan ke dalam stor sementara. Selepas itu, semua krew telah bersurai dan balik ke rumah dengan selamat.



PROGRAM PENGEMBARAAN PANTAI TIMUR



Khamis-4 JULAI 2019 
Pada pukul 7 petang seramai 13 orang KLKM PSA termasuk ADC Kamal telah berkumpul di Foyer Perdagangan.ADC Kamal banyak memberi kata-kata semangat dan selalu berpesan untuk menjaga keselmatan diri dan rakan-rakan dalam pengembaraan ini.Kami mengisi barang-barang ke dalam perut bas dan berangkat ke Stesen Bas Seksyen 17.



 Sebelum kami menaiki bas kami telah membeli makanan untuk mengisi perut.

Setelah 1 jam 30 minit menunggu bas akhirnya,kami menaiki bas dan memulakan perjalanan ke Kota Bharu kami menaiki Bas Transnasional.

Suasana dingin yang meniup jiwa seorang perantau, meninggalkan bumi PSA dan menuju ke Kota Bharu,Kelantan.

Jumaat-5 Julai 2019

  Tiba di Terminal Bas Kota Bharu,Kelantan.Kami mendirikan solat Subuh dan bersihkan diri di tandas awam yang telah disediakan.
Krew kami membeli tiket ke Kuala Terengganu pada 06 Julai 2019 dan mengambil cop di Terminal Bas Kota Bharu.
Politeknik Kota Bharu tiba dengan van dan mengambil kami di Terminal Bas Kota Bharu.



Kami melawat Medan Ilmu dan melihat pelbagai aktiviti dijalankan sebagai contoh,aktiviti jualan,ceramah,aktiviti riadah dan sebagainya.Kami bertolak ke Istana Jahar.
Tiba di Istana Jahar dan melawat persekitaran istana.Kemudian kami singgah di Pasar Siti Khadijah yang berhampiran dengan Istana Jahar.Kami bergerak ke Masjid Kampung Laut.
Tiba di Masjid Mukim Batu 8,Kota Bharu untuk menunaikan solat Jumaat.Bagi kelana wanita dan juga bukan muslim,mereka menunggu di Masjid Kampung Laut.




Bergerak ke Balai Polis Kok Lanas untuk melaporkan ketibaan Kelana PSA.
Bergerak ke Politeknik Kota Bharu.
Tiba di Politeknik Kota Bharu dan melawat persekitaran Politeknik.Terdapat 4 Jabatan iaitu Elektrik,Perdagangan,Awam dan Mekanikal.
Kami diberi taklimat tentang CSR oleh Tuan Kamal untuk mengikis cat pemegang tangga.



Selesai tugasan dan minum petang bersama TPA Politeknik,Encik Azhan dan sesi bergambar.Kelana lelaki ditempatkan di Pusat Islam PKB manakala kelana wanita ditempatkan di Kamsis Wanita.
Menunaikan solat Asar.Kemudian menaikkan khemah dan juga bendera KLKM PSA.
Selesai menaikkan khemah dan bendera lalu bersiap untuk menunaikan solat Maghrib.
Menyiapkan diri dan bersedia untuk aktiviti malam hari.
Menunaikan solat Isyak.Bergerak keluar dari Politeknik menuju ke Wakaf Che Yeh.

Sabtu-6 Julai 2019


Tiba di Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.Kami bergerak ke tempat penginapan iaitu di Uncle GuestHouse.Setelah membuat pembayaran untuk penginapan kami telah berehat dan solat sementara menunggu kereta yang telah kami sewa.Kereta yang kami sewa telah sampai.Kami telah menyewa kereta perodua Myvi dan Alza.Kereta tersebut telah dipandu oleh saudara Hakimi dan Tuan Kamal.Bergerak ke Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail di Teluk Ketapang,Kuala Terengganu.





Bergerak ke Kem Pengakap Tengku Muhamammad Ismail bagi mengambil buku yang tertinggal disana.Tiba di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.Bergerak ke Draw Bridge dan menjalankan aktiviti malam di Dataran Syahbandar.Bergerak balik ke tempat penginapan untuk istirehat.

Ahad-7 Julai 2019


Kemaskan diri dan barang-barang sebelum “check-out” tempat penginapan.“Check-out” hotel dan bersarapan. Memulangkan kereta sewa yang disewa kepada penyewa.Bergerak ke Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.Bas tiba dengan tepat dan kami mula mengisi barang-barang kedalam perut bas.Bas mula bergerak untuk pulang ke Shah Alam.Kami telah selamat tiba di Stesen Bas Seksyen 17,Shah Alam.Kami telah memesan “GrabCar”
untuk pergi ke Politeknik Shah Alam.

17:54p.m
Kami telah sampai ke bumi PSA.




Saturday, 15 September 2018

PROGRM M.O.P; REHABILITASI POKOK PAYA BAKAU

Rakaman video daripada Program M.O.P



CC: 
- DHURGES
- ALIA
- HAIKAL
- ZULHAIKAL

PROGRAM M.O.P; REHABILITASI POKOK PAYA BAKAU

REHABILITASI POKOK PAYA BAKAU DI TAMAN ALAM KUALA SELANGOR
Pada 15 September 2018, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Politeknik Shah Alam telah menganjurkan program menanam pokok paya bakau di Taman Alam Kuala Selangor. Program ini bertujuan untuk melatih dan menggalakkan ahli pengakap kelana untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan persekitaran. Malah, sekiranya pengakap kelana melakukan tindakan berkhidmat dan berkongsi dengan pihak lain, mereka akan menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat.
Matlamat utama Projek ini dibuat adalah untuk memberi inspirasi kepada pengakap kelana untuk meneruskan amalan berkhidmat kepada komuniti mereka atau menyertai usaha pengakap lain dari seluruh dunia. Selain itu, Program Rehabilitasi Pokok Paya Bakau ini dapat meningkatkan kemahiran memimpin, merancang, mengurus dan melaksanakan suatu program yang dibuat. 
Objektif penganjuran program ini juga adalah untuk memupuk semangat kecintaan terhadap alam sekitar dan menjalin hubungan silaturahim antara mahasiswa pengakap kelana dan institusi luar, dan membantu untuk mengurangkan risiko bahan berbahaya kepada manusia dan alam sekitar.
Seramai 25 orang peserta telah terlibat dalam menjayakan program ini. Kami menjemput kelana dari Universiti Malaya untuk menyertai program kami. 
Setibanya kami di Taman Alam, Mr Ashok (Penyelia Program Taman Alam Kuala Selangor) telah memberi taklimat tentang pokok paya bakau. Antara taklimat yang diberi adalah jenis pokok paya bakau yang ada di Taman Alam, cara penanaman poko paya bakau dan sebagai ilmu tambahan beliau memberitahu kami jenis-jenis burung, ketam dan haiwan-haiwan lain yang tinggal di sekitar kawasan paya bakau.
Setelah kami menerima taklimat, kami diarahkan untuk menukar kasut getah dan sarung tangan yang telah disediakan. Kami menanam sebanyak 30 anak pokok bakau. Jenis pokok bakau yang kami tanam ialah bakau kurap. Setelah selesai aktiviti menanam, kami dibawa berjalan mengelilingi Taman Alam Kuala Selangor. Jarak perjalanan kami mengelilingi Taman Alam ialah 6km.
Akhirnya, setelah menyelesaikan tugasan yang diberikan kami bersihkan diri, dan bersiap untuk majlis penutup iaitu majlis penyampaian cenderahati kepada Taman Alam Kuala Selangor. 

TENTATIF PROGRAM MESSENGER OF PEACE;
MANGROVE PROJECT;
PENANAMAN POKOK PAYA BAKAU
TAMAN ALAM KUALA SELANGOR
15 SEPTEMBER 2018

MASA
PERKARA
7:00 AM
* Berkumpul di Jabatan Perdagangan PSA
* Pendaftaran peserta
7:30 AM
*Sarapan pagi
*Bertolak ke Taman Alam Kuala Selangor
8:30 AM
*Dijangka tiba di Taman Alam Kuala Selangor
*Taklimat program oleh pegawai Taman Alam  Kuala Selangor
9:00 AM
PROGRAM PENANAMAN POKOK PAYA BAKAU BERMULA
*Pendidikan Kawasan Paya
*Pengenalan kepada Kawasan Paya
*Kepentingan Paya kepada ekosistem alam
*Pengenalan JENIS POKOK PAYA BAKAU
*PERANAN POKOK PAYA BAKAU KEPADA STRUKTUR TANAH & EKOSISTEM ALAM
11:00 AM
PROGRAM PENANAMAN POKOK 1K1P (1 KREW 1 POKOK)
1:00 PM
REHAT/ MAKAN TENGAH HARI/ SOLAT ZUHUR
2:00 PM
PROGRAM PENANAMAN POKOK 1K1P (1 KREW 1 POKOK)
3:00 PM
SESI PENYAMPAIAN CENDERAHATI & SIJIL
4:00 PM
BERTOLAK PULANG KE PSA
5:00 PM
DIJANGKA TIBA/ BERSURAI

BERSAMA KITA MEMULIHARA BAKAU



Monday, 13 August 2018

PERKHEMAHAN VIGIL







Kem vigil telah diadakan di Padang PSA pada 10.8.18 hingga 11.08.18.
Ia telah disertai oleh semua ahli KLKM PSA daripada Kumpulan Romeo. Kumpulan Rocco dan Ruby telah bertugas sebagai facilitator untuk mengiring Kumpulan Romeo. 

Semua krew telah berkumpul Astaga PSA pada pukul 3 petang. Kami telah diberi arahan oleh DC Mazrul Hisyam tetang peraturan dan tentatif Kem Vigil ini. Selepas itu, semua telah bergerak mengikut kumpulan untuk mendirikan khemah setiap krew dan juga menaikkan bendera KLKM PSA. Selesainya mendirikan tiang bendera, kami telah memulakan untuk membuat setiap gajet seperti yang diberitahui oleh DC Mazrul Hisyam. Semua ahli Krew Romeo telah meluangkan masa lapang dengan mengulang kaji ikatan dan simpulan yang diajar oleh senior kita. Pada waktu malam pula, ujian keahlian telah diadakan bagi menguji setiap seorang supaya layak mendapatkan lencana keahlian. Ujian simpulan & ikatan telaah diadakan, ikatan-ikatan yang diuji ialah ikatan serong, ikatan seraya, lilit balak, simpul manuk, tindih kasih, lilit dua simpul, buku sila, bunga geti dan simpul tapak kucing. 

Selepas itu, kami telah dibawa ke Padang PSA pada malam itu untuk membuat Perjanjian dengan memgang lilin dan mata ditutup dengan scarf. Kami telah duduk di tengah padang selama 30 minit. Seterusnya, semua telah balik ke tapak kem dan meneruskan dengan pembinaan gajet.
Keesokan harinya, pada pagi kami telah membuaat kawad tongkat dengan Tuan Kamal. Selepas kawad tongkat, kami mengadakan istiadat menaikkan bendera dan Tuan Hisyam telah menguji tapak khemah setiap krew. Selepas itu, kami bergerak ke Padang PSA untuk membuat aktiviti penganggaran bersama Tuan Hisyam. Tamatnya aktiviti tersebut, kami telah teruskan dengan aktiviti bergotong-royong bersama setiap krew selama 1 jam. Selepas tamat, kami membersihkan kawasan perkhemhan dan bersedia untuk makan tengah hari dan bersurai.

CC: Maklumat Daripada
- DHURGES            
- ALIA                     
- HAIKAL               
-ZULHAIKAL        

Wednesday, 1 August 2018

Pemimpin vs Kepimpinan


Tarikh : 1 Ogos 2018
Masa : 2 p.m. - 5 p.m.
Tempat : P0-1 Jabatan Perdagangan
Pakaian : Half Uniform


  • Peminpin ialah individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain.
  • Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah mewujudkan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan.
  • Pencapaian yang cemerlang dalam suatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti yang dirancang oleh pemimpin.
CIRI -CIRI KEPIMPINAN
  • Melihat masa depan.
  • Berpengetahuan 
  • Dorongan
  • Nilai dan estetika
KEPIMPINAN DALAM KEPENGAKAPAN
  1. Peringkat 1 (Kursus 3H 2M)
  2. Peringkat 2 (Amali dan laporan dalam tempoh 3 bulan)
  3. Peringkat 3A & 3B (Kursus 8H6M)
  4. Peringkat 4 (Amali dan laporan dalam tempoh 3 bulan)
  5. Dikalung manikayu 2 batu


Saturday, 24 March 2018

KURSUS MANIKAYU PENGENALAN DAN PERINGKAT 1

PADA 16-19 MAC 2018, seramai 4 orang krew KLKM PSA menyertai
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN DAN PERINGKAT 1 di
PULAU REDANG, TERENGGANU.

Kursus ini dianjurkan oleh UniSZA. Program selama 4hari 3malam ini diadakan di Pulau Redang, Terengganu

Berikut merupakan senarai nama krew yang menyertai kursus tersebut:
1. Nur Diana Binti Zaba
2. Natasha Irdina Binti Zaidi 
3. Muhammad Isyraf Izzuddin Bin Fairul Nizam
4. Muhammad Faiz Haiqal Bin Hafez

Dibawah adalah tentatif Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1:
16 – 19 MAC 2018
16 MAC 2018
9.00 am
10.00 am
10.30 am
12.30 pm
1.00 pm
2.30 pm
2.45 pm
3.00 pm
3.30 pm
3.45 pm
4.00 pm
4.30 pm
4.45 pm
5.30 pm
6.30 pm
7.00 pm
8.00 pm
8.15 pm
10.00 pm
11.00 pm
17 MAC 2018
7.30 am
8.30 am
9.00 am
10.00 am
11.00 am
12.00 pm
2.00 pm
3.00 pm
4.00 pm
7.00 pm
8.30 pm
11.00 pm

18 MAC 2018
7.30 am
8.30 am
9.00 am
10.00 am
11.00 am
12.30 pm
2.00 pm
4.00 pm
5.00 pm
7.00 pm
8.30 pm
10.30 pm
11.00 pm

19 MAC 2018
8.30 am
9.00 am
11.00 am


Bertolak ke kem Merang / Jeti Pulau Kambing
Pendaftaran peserta
Bertolak ke SK Pulau Redang
Persiapan tempat & mendirikan khemah
Makan Tengahari
Taklimat Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan
Sidang 1 : Tujuan & Dasar Kepengakapan
Sidang 2 : Persetiaan & Undang- Undang Pengakap
Sidang 3 : Dasar Keagamaan
Makan petang
Sidang 4 : Rekod Dan Dokumentasi Kumpulan
Sidang 5 : Skim Latihan Kepimpinan
Sidang 6 : Sejarah Kepengakapan
Sidang 7 : Pakaian Seragam Pengakap
Sidang 8 : Sidang Terbuka
Makan malam / solat  maghrib
Taklimat kursus kepimpinan manikayu peringkat 1
Sidang 1 : Pengenalan unit pengakap kelana
Sidang 2 : Peranan pemimpin pengakap kelana
Persiapan diri dan rehat


Istiadat pemeriksaan pagi
Sarapan
Sidang 3 : Istiadat pengakap
Sidang 4 : Skim Pengakap Kelana
Sidang 5 : Lencana keahlian bagi kelana
Makan tengahari
Sidang 6 : Pembahagian lencana Pengakap kelana
Sidang 7 : Kemahiran pengakap 1 dan 2
Aktiviti perkhidmatan
Makan malam
Sidang 8 : Malam Pengakap
Persiapan diri dan rehat


Istiadat pemeriksaan pagi
Sarapan pagi
Sidang 9 : Pengurusan Krew
Sidang 10: Organisasi Kumpulan, Daerah dan Negeri
Sidang 11 : Merancang dan pengurusan program
Makan tengahari
Sidang 12 : perjumpaan krew
LDK 1
LDK 2
Makan malam
Majlis penutup dan penyampaian sijil
Minum dan makan malam
Persiapan diri dan rehat


Sarapan pagi
Membersihkan tapak perkhemahan
Bertolak pulang

Kursus Manikayu ini hanya diadakan di dalam sidang, asas perkhemahan pengakap juga tetap kami lakukan sepanjang program tersebut, sebagai contoh: Istiadat Pagi, Pemeriksaan Khemah, Masakan Rimba, Malam Pengakap.

Pelbagai ilmu yang kami perolehi untuk menjadi pemimpin yang berkualiti.
Kami juga didedahkan dengan aktiviti air seperti 'water confident' dan 'snorkelling'.





PENGENALAN PENGAKAP KELANA (Bahagian 1)