Pada 21 JUN 2017, seorang Pegawai Perubatan bertauliah memberi ceramah dan mengendalikan latihan rawatan pertolongan cemas kepada Ahli Pengakap Kelana KLKM PSA.
Berikut merupakan ilmu pengetahuan yang kami perolehi selepas mengikuti Ceramah Pertolongan Cemas.
Maksud pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah.
Tujuan pertolongan cemas ialah:
1. Menyelamatkan nyawa.
2. Memudahkan rawatan lanjutan.
3. Mencegah kecederaan lanjutan.
Peraturan rawatan pertolongan cemas ialah:
1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar- menjaga keutamaan pernafasan pesakit itu.
3. Jangan sesekali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuan memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhati pergerakan pernafasan mangsa.
4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Struktur tubuh badan dan peranannya:
1. Otak : Berfungsi sebagai pusat sistem saraf
2. Paru-paru : Berfungsi sebagai organ pernafasan
3. Jantung : Mengepam darah ke seluruh badan melalui saluran darah daripada system peredaran darah
4. Perut : system pencernaan yang berfungsi sebagai organ yang penting dalam penghadaman
5. Hati : Organ penting dalam system pencernaan
6. Buah pinggang : Mengeluarkan molekul organic yang berlebihan
7. Usus besar : Menyerap air badan serta menurunkan bahan buangan yang tidak berguna dari badan
8. Usus kecil : Pencernaan dan Penyerapan makanan berlaku
Definisi Luka adalah sebuah kondisi kerusakan atau hilangnya sebagian jaringan tubuh yang bisa terjadi akibat terkena benda tumpul, benda tajam, suhu , zat kimia , ledakan, gigitan haiwan, konsleting listrik dan berbagai penyebab lain.
Klasifikasi luka terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Luka terbuka : kelihatan darah keluar dan mudah dijangkiti kuman
2. Luka tertutup: darah tidak kelihatan seperti lebam.
Jenis luka:
1. Luka terhiris/ calar ialah luka yang mungkin berlaku pada permukaan kulit atau otot dalaman disebabkan benda tajam dan menyebabkan saluran darah terpotong lurus dan menyebabkan darah meleleh.
2. Luka tercucuk berpunca daripada alat-alat bermata panjang yang dapat menembusi tubuh dan kebiasaannya luka ini tidak menyebabkan pendarahan yang banyak dan mudah dijangkiti kuman.
3. Luka melecet atau terkoyak ialah luka pada kulit yang menyebabkan hakisan pada kulit atau tisu lembut yang mungkin akan menyebabkan terkoyak separa atau sepenuhnya.
4. Luka tembakan ialah peluru yang terkena dan menembusi tubuh yang menyebabkan kecederaan dalaman yang parah.
5. Kontusi ialah tamparan atau tumbukan yang menyebabkan kapilari darah pecah di bawah permukaan kulit dan darah mengalir ke tisu lalu menyebabkan lebam.
6. Haematoma ialah pembekuan darah yang menyebabkan kebiruan atau kehitaman yang berlaku.
Langkah-Langkah Bantuan Pernafasan (CPR)
1. Langkah Pertama :
Periksa keadaan mangsa tersebut dan lihat tindak balasnya. Sekiranya tiada tindak balas yang diberikan serta anda mendapati pernafasannya terhenti. Segeralah hubungi unit kecemasan (999).
2. Langkah Kedua :
Dongakkan kepala mangsa dengan menolak dagunya ke atas.
3. Langkah Ketiga :
Letakkan telinga anda pada mulut mangsa. Ini bertujuan supaya anda dapat memeriksa sekiranya mangsa bernafas ataupun tidak. Sekiranya tiada, berikan bantuan pernafasan sebanyak dua kali. (keluarkan sebarang benda asing daripada mulut mangsa sekiranya ada)
4. Langkah Keempat :
Buka mulut mangsa dan kemudian picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda dapat melihat pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan selama dua saat).
5. Langkah Kelima :
a. Sekiranya mangsa masih lagi belum bernafas, batuk ataupun bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa sebanyak 15 kali. Dua kali hembusan disertai dengan 15 kali tekanan pada dada, dikira sebagai satu pusingan. Lakukan sebanyak dua pusingan.
b. Pastikan kedudukan yang ingin ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter daripada ulu hati (hujung tulang dada dan diantara buah dada). Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan daripada tangan sahaja dan bukannya badan. Tekanan perlu dibuat dengan cepat iaitu pada kadar 100 tekanan/minit. Ini bermaksud lebih cepat daripada satu tekanan sesaat.
6. Langkah Keenam :
Ulang bantuan pernafasan dan tekanan pada dada sebanyak empat pusingan ataupun sehingga bantuan datang.
7. Langkah Ketujuh :
Sekiranya mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa untuk bernafas dengan lebih baik.
Cara mengenal dan mengubat kecerderaan ringan
· Luka : Tikaman , Hirisan , Potongan
· Sengatan
· Melecur
a) Rendam pada air
b) Tinggikan luka terbakar untuk mengelakkan daripada bengkak
c) Pastikan pembalut tidak melekat
· Pengsan :
a) Longgarkan benda yang ketat
b) Melakukan sedikit usaha untuk mangsa sedar
· Hidung berdarah :
a) Letakkan air
b) Mangsa perlu baring
c) Mangsa perlu minum air
· Renjatan : Disebabkan oleh kegagalan jantung , alahan , kurang bendalir dalam badan
· Kejutan Elektrik
a) Tutup suis elektrik
b) Memeriksa nadi mangsa
· Lemas : Disebabkan oleh air masuk ke dalam saluran pernafasan
· Sawan
a) Pusingkan badang mengiring
b) Biarkan saja buih daripada mulut mangsa keluar
Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya untuk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.'
BIL
|
PERKARA
|
KEGUNAAN
|
1.
|
Triangular bandage (kain anduh)
|
Untuk mengampu bahagian kecederaan/ kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang didapati ada kepatahan tulang
|
2.
|
Sterile eye pad
|
Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing
|
3.
|
Non-sterile gauze
Sterile gauze
|
Melakukan pencucian/pembebat luka/
Membuat balutan/memberi tekanan pada perdarahan dan menstabilkan kepatahan
|
4.
|
Elastic bandage/crepe bandage
Roller bandage
|
Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan
eg.
dislocation(terseliuh)
|
5.
|
Glove-disposable/nonsterile
|
Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber jangkitan
|
6.
|
Scissor
|
Memotong gauze/bandage
|
7.
|
Adhesive tape
|
Melekatkan balutan dan pembebat
|
8.
|
Sterile multi-trauma dressing/ gauze
|
Melakukan pencucian/pembebatan luka
|
9.
|
Alcohol prep pads
|
Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka sebelum membalut.
|
10.
|
Cotton buds
|
Mencuci luka pada kawasan sukar
|
11.
|
Acriflavine (ubat kuning)
|
Untuk antiseptic
|
12.
|
Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%)
|
Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar
|
13.
|
LMS solution (minyak kuda)
|
Melegakan kesakitan otot
|